Nintendo Sejarah Penubuhannya

Jika anda melalui zaman  kanak-kanak ketika awal 80'an pasti anda akan menemui 
konsul permainan video yang terkenal pada ketika itu iaitu Nintendo.
Satu jenama yang cukup gah dalam menghasilkan permainan elektronik yang memukau seluruh dunia. Watak-watak terkenal seperti donkey kong, Mario Brothers, Tenis, Wild Gunmen dan lain-lain yand dihasilkan dalam aplikasi 8 bit menjadi ikon permainan pada awal penciptaan konsul permainannya.Tapi tahukah anda sejarah penubuhannya.











Sejarah Penubuhan Nintendo

Diasaskan oleh Fusajiro Yamauchi ( November 22, 1859 – January 1940) usahawan
jepun yang menubuhkan Nintendo yang pada awal kewujudan menghasilkan 
dan memasarkan kad  permainan yang diberi nama Hanafuda. Pada mulanya 
Nintendo dikenali sebagai Nintendo Koppai pada 1889.









Syarikat Nintendo Diawal Penubuhannya









Kad Permainan Hanafuda

Fusajiro Yamauchi  bersara pada umur 70 dan menyerahkan syarikatnya 
pada anak angkat beliau untuk menguruskannya.Beliau meninggal dunia 
pada tahun 1940.Sayangnya Fusajiro tidak dapat menyaksikan
syarikatnya itu berubah menjadi pengeluar permainan elektronik dunia pada
4 dekad selepas kematianya apabila terciptanya Nintendo Entertainment System.

Makna Nintendo
Nintendo bermaksud "Serahkan Nasib Anda Di Syurga". Ditafsirkan sebagai

anda harus bekerja keras tapi serahkan nasib anda pada syurga.

Pengurusan Baru Selepas Fusajiro Yamauchi




Seterusnya pengurusan Nintendo diambil alih oleh cucunya yang bernama
Hiroshi Yamauchi (gambar). Beliau melakar revolusi baru dalam penghasilan produk   syarikatnya.Daripada penghasilan kad permainan yang berlogo watak Disney dan kewujudan syarikat teksi, hotel dan makanan yang kesemuanya menemui  kegagalan sehingga saham syarikatnya jatuh sehingga 60 yen, Hiroshi tidak berputus asa dan cuba mencari peluang perniagaan baru.
Pada tahun 1966, Hiroshi mengorak setapak lagi dalam menceburi
alat  permainan jepun yang dicipta oleh juruteranya bernama Gunpei
Yokoi yang dibernama'Ultra Hand' dan seterusnya menghasilkan alat
permainan popular seperti 'Love Tester' dan 'Ultra Machine', tetapi
malangnya menemui  kegagalan dan tewas kepada syarikat gergasi
seperti Bandai dan Tommy.

Era 1974 merupakan era revolusi penciptaan elektronik dunia. Menyedari
hal berikut, Hiroshi mula berfikir bahawa peralatan elektronik jugak
boleh dijadikan hiburan.Syarikat seperti Atari dan Magnavox telah
mula menjual konsul alat permainan menggunakan televisyen. Nintendo
tidak melepaskan peluang untuk menceburi perniagaan yang sama jugak
dengan membeli lesen untuk menjual konsul 'the Magnavox Odyssey'.
Nintendo mengupah beberapa pekerja elektronik sharp,Nintendo
melancarkan 'Color Tv Game 6', konsul permainan pertama
syarikatnya.
 
Seterusnya dengan berkerjsama dengan Gunpei Yokoi, LCD pertama yang
diberi nama Game & Watch dicipta. Walaupun ciptaanya berjaya, Hiroshi
tidak berpuas hati kerana baginya ciptaanya mestilah murah
dan kekal dalam pasaran.
Game & Watch
Ciptaan Nintendo yang seterusnya adalah Nintendo Entertainment System
untuk hiburan rumah.Jualannya mencecah jutaan unit pada mula ia dilancarkan.
Ketika ini Hiroshi mula menyedari bahawa kepentingan  perisian permainan
untuk permainan ciptaanya.

Faktor kejayaan Nintendo adalah kerana syarikat ini berupaya menghasilkan
sesuatu yang kreatif dan kredit jugak harus diberi kepada Hiroshi
kerana pandangan jauh beliau dan kebijaksanaan beliau dalam
memacu kejayaan Nintendo.

Hiroshi mampu menafsirkan  kehendak orang ramai pada masa akan datang
merupakan faktor kejayaan Nintendo. Beliau jugak merupakan 
pengurus tadbir yang hebat. Dalam mengalakkan kreativiti Hiroshi
memecahkan tiga kelompok pasukan R&D  dan bersaing sesama sendiri.
Dengan ini pereka akan lebih berusaha menghasilkan ciptaan yang hebat
dan diterima ramai.


Keunikan Produk Nintendo
Berikut merupakan revolusi permainan video ciptaan Nintendo dimana
jualannya mencecah jutaan unit pada masa mula ia dilancarkan.

Nintendo Entertainment System 1983


Super Nintendo Entertainment System 1991







Nintendo 64 1996

Nintendo GameCube  2001



Nintendo Wii 2004